Orang Besar
Dalam hidup ini, ada ramai orang-orang besar. Orang-orang besar ini, jika saudara berjumpa, tidaklah sebesar mana pun saiz mereka. Boleh jadi pula lebih kontot atau lebih kurus daripada saudara.
Tapi jiwa mereka besar. Kebesaran jiwa dan idea mereka itulah yang membuat saudara menjadi terpersona dan terpegun. Kekadang saudara merasa dia itu gajah, saudara cuma semut sahaja. Selangkah dia, bergegar dunia. Saudara? Mati pun kerana tersilap pijak.
Salah seorang gergasi yang saya kagum adalah Puan Ainon Mohd. Saya doakan panjang umur buat Puan Ainon. Kalaulah tidak kerana membaca tulisan-tulisan beliau di Unika, cukuplah saya bermalas-malasan menulis di blog sahaja. Moga Puan Ainon akan sihat-sihat sahaja, menulis yang enak-enak dibaca seperti sekarang.
Jadi motivasi dan buat orang muda macam saya malu.
:) Tulis. Saudara jangan pula malas-malas seperti saya.